Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa
sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam
gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.
Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap
pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap
gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan
pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan
tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya
pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada
setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari
api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat
70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula
terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan
dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap
kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor
pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala
tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa
pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup
neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu
neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap
datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu
datang pula sebuah kumpulan asap mengepung
mereka disebelah hadapan muka mereka, serta
datang kumpulan asap mengepung di atas kepala
dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan
Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut
maka bergetarlah dan mereka berlutut dan
memanggil-manggil,“Ya Tuhan kami,
selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah
S.A.W telah bersabda,“Akan didatangkan pada
hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka
Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan
pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000
malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga
neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah
S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud: Sedang penjaganya malaikat-malaikat
yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya
adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu
dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana
kalau dia memukul gunung dengan pemukul
yang ada padanya, maka nescaya akan hancur
lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali
pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke
dalam neraka Jahannam.
Catatan:
Kisah neraka jahannam di atas diambil daripada
hadith yang tidak diketahui perawi serta tingkatan
hadith shahih, hasan, atau dhaif.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar